Followers

~ Blog AKIUM masih lagi dalam proses menaik taraf, selalulah menjenguk ke ruangan ini untuk mengetahui aktiviti terbaru AKIUM serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak fakulti dan juga pihak universiti ~

Friday, February 11, 2011

OBJEKTIF PENUBUHAN AKIUM

Menghasilkan mahasiswa/i Islam yang mempunyai ciri-ciri berikut:

2.1 Bersatu

2.1.1 Membina kesatuan mahasiswa/i Islam di Fakulti Kejuruteraan khasnya dan Universiti Malaya amnya.

2.2 Berdaya saing

2.2.1 Mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan dalam gerak kerja persatuan.

2.2.2 Bekerjasama dengan pentadbir untuk melahirkan graduan yang mampu bertindak secara kreatif dan inovatif

2.3 Mendokong Intergrasi Nasional

2.3.1 Merealisasikan hubungan silaturrahin keseluruhan mahasiswa/i melalui setiap aktiviti persatuan.

2.3.2 Mewujudkan integrasi da antara pelajar tempatan dengan pelajar antarabangsa di Fakulti Kejuruteraan

2.4 Prihatin

2.4.1 Menjana kecemerlangan akademik di kalangan mahasiswa/i Islam Fakulti Kejuruteraan.

2.4.2 Mewujudkan mahasiswa/i yang peka dengan masyarakat luar.

2.4.3 Menjaga kebajikan seluruh mahasiswa/i di Fakulti Kejuruteraan.

2.5 Beriman dan Berakhlak

2.5.1 Membentuk peribadi, pemikiran, dan tindakan dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni di Fakulti kejuruteraan.

Pengenalan AKIUM

Angkatan kejuruteraan islam Universiti Malaya (AKIUM), bukanlah suatu nama yang asing khususnya bagi kita masyarakat kampus Universiti Malaya. AKIUM-sehebat namanya-adalah lahir daripada suatu rasa perjuangan yang sejati untuk memartabatkan islam di tengah-tengah arus perkembangan ilmu kejuruteraan yang kian berkembang. AKIUM tidak tega untuk membiarkan pelajar-pelajar Muslim mengharungi cabaram menuntu ilmu kejuruteraan di Varsiti Perdana ini seorand tanpa bimbingan dan tunjuk ajar. Matlamat AKIUM adalah jelas dan mapan-ingin melahirkan jurutera islam yang sejati, cemerlang dunia dan akhirat.

Maka dengan itu, bermula era 70-an, AKIUM menjalankan agendanya, dari satu langkah ke satu langakh untuk merelisasikan matlamatnya, sesuai dengan kata-kata yang sering kita laungkan –FROM VISION TO ACTION, AKIUM mencernakan perjuangannya terhadap penekanan terhadap kecemerlangan pelajaran. Sesungguhnya, kita sedar dan tahu, agama dan sains bukanlah perkara yang terpisah. Jurutera islam yang beriman memberi nilai yang sungguh berharga kepada Negara dan agama. Maka bermula dengan langkah pertama, AKIUM terus bergerak tanpa mengenal erti penat dan lelah, walaupun denyutan kian perlahan tetapi dengan adanya momentum perjuangan kental, AKIUM terus hidup dan subur sehingga ke hari ini, seperti mana suburnya islam di dalam jiwa orang-orang mukmin.

Tuesday, January 26, 2010

Expedisi Ke Gunung Dato'



Alhamdulillah,pada 23 hb Januari 2010 yang lalu, ekspedisi ke Gunung Datuk berjaya dilaksanakan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua MT,AJK,peserta, dan semua yang terlibat kerana telah memberikan komitmen yang padu. Syukur,setelah program ini dijalankan, kita dapat lihat ukhuwah kita semakin kuat. Peserta-peserta yang telah sampai ke puncak gunung, bukan hanya dapat merasai keseronokan dan kepuasan, malah liku-liku dan kesukaran yang dialami sepanjang pendakian ke puncak, boleh dijadikan iktibar. Apapun, tahniah diucapkan kepada semua kerana tidak ada pun yang patah semangat dan putus asa sepanjang pendakian. Inilah semangat yang diperlukan untuk menjadi Muslim berjaya. Diharap selepas ini lebih ramai yang akan menyokong program-program anjuran AKIUM.

Thursday, March 26, 2009

Gateway of Professional Career (GO-CARE’09)

AKIUM masih lagi dalam fasa pengurusan untuk mengendalikan satu program peringkat fakulti. Dengan tujuan untuk memberi ruang sebesar-besarnya kepada siswa siswi fakulti kejuruteraan untuk menjadi sebahagian entiti-entiti luar yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan teknologi di peringkat nasional dan di seluruh dunia. Perwakilan Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE), Engineering in Medicine and Biology Society (EMBS), Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Boards of Engineers Malaysia (BEM) akan bersama-sama dengan warga fakulti kejuruteraan Universiti Malaya dalam program GO-CARE’09 pada 3-5 April 2009.

Program ini merupakan buah tangan dari AKIUM untuk warga fakulti khususnya. Namun, ini bukan program yang bersifat ‘tangkap muat’ atau ‘asal boleh’ tanpa sebarang sasaran penting. 10 Januari 2009-, saya bersama dengan Dr. Fatimah Ibrahim (Jabatan Bioperubatan) telah menghadiri Annual General Meeting (AGM) IEEE Malaysia yang ke-19, diadakan di Dewan Kuliah, Kompleks Sains & Teknologi, UiTM, Shah Alam. Rasa seronok melihat komitmen siswa siswi UiTM yang mengendalikan AGM. Kami berkongsi cerita. Namun sepanjang bersama mereka,perbualan saya sedikit tawar untuk menceritakan bagaimana penglibatan siswa siswi kita dalam program-program fakulti.
Kehadiran kami di sana bukan sekadar peserta yang hanya menyumbang undi dalam AGM tersebut. Akan tetapi, saya dan Dr, Fatimah dalam usaha untuk mewujudkan student chapter untuk IEEE dan EMBS di Universiti Malaya. Tahun 2009, tahun yang bersejarah untuk fakulti kejuruteraan UM kerana pada tahun inilah tertubuhnya kedua-dua student branch bagi institut yang bertaraf antarabangsa secara rasminya. Petition dari 20 orang warga fakulti kita telah dihantar ke IEEE Member and Geographic Activities Department, USA pada 30 Januari 2009. Alhamdulillah, pada 19 Mac 2009 lalu, saya telah mendapat e-mail dari Mr. Joseph E. Hale III, Administrator of Geographic Unit Support, IEEE Member and Geographic Activities Department yang telah mengiktiraf penubuhan student branch ini.
Jika diperhatikan, sememangnya kampus kita agak ketinggalan berbanding kampus-kampus lain seperti UTM, UiTM, UTP, dan sebagainya dari sudut usia penubuhan cawangan IEEE ini. Mereka telah memulakan gerakan persatuan bertahun-tahun lalu berbanding Universiti Malaya. Pelajar mereka ‘hidup’ di fakulti. Apabila saya fikir kembali pelajar-pelajar kita yang hampir semuanya masih lagi giat dengan program-program di kolej kediaman walaupun di tahun 3 dan akhir bahkan ramai juga pelajar yang langsung tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti, saya menyeka peluh resah. Hairan pun ada.
Bukan untuk perlekeh atau menidakkan kepentingan menyumbang kepada program-program di kolej kediaman. Tetapi alasan mereka memberikan komitmen itu untuk terus mendapat kelayakan tinggal di kolej memang tak masuk akal. Adakah mereka menyumbang kepada kolej dengan niat untuk menjaga kepentingan diri? Jika begitu falsafahnya, lebih baik mereka sertai program-program di fakulti yang lebih membuka jalan kepada kerjaya apabila programnya banyak berkait dengan bidang bersifat akademik. Bahkan berkait terus dengan lapangan kerjaya. Saya akan ulas hal ini dalam entry akan datang, insyaAllah.
Secara ringkasnya, dari situ juga datang idea pelaksanaan program GO-CARE’09. AKIUM mengambil inisiatif memberi peluang kepada warga fakulti mendaftar secara rasmi kepada badan-badan jemputan kami. Sememangnya, warga kampus kita tidak asing dengan program ke arah membentuk kerjaya seperti Career Path, Industrial Training, dan banyak kursus kerjaya yang lain anjuran AIESEC. Pelajar terlibat, datang dan pergi bagi memenuhi prasyarat untuk melengkapkan latihan industri. Namun berbeza dengan tujuan utama program GO-CARE’09, pelajar harus sedar kepentingan menyertai entiti-entiti ini dan tahu bagaimana ia boleh membantu membina masa depan yang lebih terarah.
AKIUM menjemput seluruh warga fakulti (termasuk fakulti sains) untuk bersama menyertai program ini. Kami tak minta program ini dimeriahkan. Cuma seruan dari hati ke hati, kami harapkan kesedaran dari peringkat pelajar akan kepentingan mengenali masa depan diri sendiri.

Sunday, January 4, 2009

Program Kepimpinan Anjuran Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya

Kenangan Bersama Menara Kemenangan

Dalam kesibukan AKIUM merancang dan menguruskan Program TKA, beberapa ahli AKIUM sempat juga menyertai program kepimpinan yang dianjurkan oleh Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya. Saya bersama dengan tulang belakang program TKA, saudara Mohd Taufik bin Abd Aziz menjadi peserta program.

Program yang bertempat di Hotel Shah Village selama dua hari satu malam itu sangat berbaloi. Secara peribadi, saya menilai keberjayaan sesuatu program dari sudut pengisian dan uslub programnya. Soal kemudahan, kekemasan, dan nilai fizikal lain, itu juga item penting untuk mengukur kualiti program. Tidak boleh diambil mudah, tidak boleh dipandang biar.

Enam modul disediakan untuk peserta program. Terlebih dahulu, saya membelek-belek booklet modul itu. Pada asalnya saya berasa sedikit hairan dengan pengisian modul yang nampaknya jauh dari tema kepimpinan. Namun, satu demi satu modul kami lepasi dengan rasa puas hati memandangkan modul-modul itu sarat dengan mesej-mesej yang jauh lebih penting untuk dibincangkan sebelum bercakap soal kepimpinan.

Speakers terdiri dari berbagai latar belakang agama termasuk Islam dan Buddha. Yang menjadikan program ini lebih menarik ialah hampir semua perbincangan menjurus kepada soal asas kehidupan, atau bahasa mudahnya, agama. Semua peserta beragama Islam walaupun pihak penganjur berusaha mendapatkan peserta dari berbagai agama. Jadi, kebanyakan pandangan dari peserta juga ialah dicedok dari pandangan agama. Masakan tidak, kebanyakan modul bercerita tentang perkara seasas tujuan hidup, dan tanggungjawab kita dalam kehidupan.

Modul yang menarik perhatian saya ialah modul yang cuba memberitahu kami bahawa kehidupan kita mempunyai tujuan. Dengan menganalogikan manusia sebagai pensil, mereka menyoal tentang tujuan pensil itu dicipta dan kapasiti (apa yang pensil perlu lakukan/dilakukan untuk dia cuba capai tujuan penciptaan) pensil itu sendiri. Mudahnya, tujuan pensil diciptakan ialah untuk menulis. Kapasitinya ialah mengasah mata pensil tersebut.

Perbincangan manjadi lebih serius apabila modul seterusnya cuba membawa peserta melihat tujuan manusia diciptakan. Mr. Lau, moderator bagi modul ini, betul-betul memainkan peranannya sebagai moderator dengan baik walaupun pada asalnya, kami ragu-ragu bagaimana kami mahu berhujah dengan sumber ambilan al-Quran dan sunnah sedangakn moderator sendiri non-muslim? Akan tetapi, sikip meraikan perbezaan dan menghormati pendirian itu menjadi formula dia mengendalikan program di samping sikap berlaku adil dengan kebenaran.


Bukan lagi menjadi rahsia apabila kita dapati banyak produk da’ie kita yang masih kurang dalam disiplin dakwah. Khususnya apabila bercerita tentang uslub dan kaedah. Nampaknya, saya perlukan entry baru untuk ulas isu ini dengan lebih cermat. Mudah-mudahan, peluang untuk perkongsian itu sentiasa terbuka.