Followers

~ Blog AKIUM masih lagi dalam proses menaik taraf, selalulah menjenguk ke ruangan ini untuk mengetahui aktiviti terbaru AKIUM serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak fakulti dan juga pihak universiti ~

Monday, November 17, 2008

Perutusan Presiden AKIUM 2008/2009 Sempena ulangtahun AKIUM


Perutusan Presiden AKIUM 2008/2009 Sempena ulangtahun AKIUM

32 tahun sudah cukup membawa Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya (AKIUM) ke usia yang matang. Kepimpinan bertukar untuk setiap penggal, maka setiap penggal juga melihatkan pola kepimpinan yang berbagai. Pastinya, setiap tahun, AKIUM akan menjadi persatuan penting di peringkat pelajar khususnya fakulti kejuruteraan Universiti Malaya. Berorientasikan kebajikan dan program ilmiah, AKIUM menjadi wadah untuk mahasiswa serta penghuni fakulti kejuruteraan menyumbang kepada kagiatan akademik dan kecemerlangan intelektual.

AKIUM juga merupakan persatuan mahasiswa utama di peringkat fakulti kejuruteraan yang memurnikan kegiatan-kegiatan mahasiswa dengan program Islamik. AKIUM mengendalikan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan bulan Ramadhan, Awal Muharram, Eidul-fitri, Solat Hajat Perdana dan seumpamanya.

Aktiviti yang dianjurkan tidak bersifat esklusif kepada mahasiswa Muslim sahaja, bahkan meraikan mahasiswa agama lain dengan program seperti Muslim Engineering Sport (MESPORT), Hari Interaksi AKIUM, dan Hari Keluarga Kejuruteraan.

AKIUM kelihatan semakin dewasa apabila mengadakan lebih banyak program-program di peringkat asia dan antarabangsa. Sesi kepimpinan kali ini memilih program kebajikan di Acheh dengan kerjasama badan bukan kerajaan ISMA. AKIUM juga menjadi platform untuk menghasilkan pimpinan yang berjiwa besar dengan menghantar deligasi ke beberapa kementerian untuk berbincang tentang beberapa isu seperti isu manganggur di kalangan graduan kejuruteraan dan isu keberkesanan sistem ALX.

Keahlian AKIUM dibuka kepada semua pelajar kejuruteraan tanpa mengira bangsa dan agama. Manfaat AKIUM ialah untuk semua.

Presiden

No comments:

Post a Comment