Followers

~ Blog AKIUM masih lagi dalam proses menaik taraf, selalulah menjenguk ke ruangan ini untuk mengetahui aktiviti terbaru AKIUM serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak fakulti dan juga pihak universiti ~

Saturday, January 3, 2009

Program Tautan Kasihku Aceh

Sebahagian Sahabat KUIS ke Negeri Serambi Mekah

Sejak lebih dari dua bulan lalu, iaitu setelah struktur jawatankuasa Program Tautan Kasihku Acheh dibentuk, semua Exco dan Majlis Tertinggi AKIUM telah giat dalam usaha membantu anak-anak yatim di Lokhsomawe, Banda Acheh. Program ini merupakan buah tangan dari pimpinan AKIUM sesi 2007/08 apabila mereka menyerahkan program ini supaya ia lebih teratur dengan perancangan yang mencukupi. Kami, pimpinan AKIUM sesi 2008/09 mengendalikan program ini atas rasa amanah, lebih dari itu sebagai tanggungjawab.

Pihak AKIUM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Dr. Ezzat Chan yang bertindak sebagai penasihat program ini dan juga beberapa wakil wakil Malaysian Muslim Solidarity (ISMA) . Banyak perkongsian antara kami. Perkongsian itu menyegar dan mencelikkan. Jika tidak kerana program ini, mungkin kami menganggap Aceh masih lagi padang jarak padang tekukur- sepi dari sebarang kemajuan.

Program ini berorientasikan kebajikan khususnya kepada anak-anak yatim di Pondok Raudhah, Lhokseumawe. Antara lain, aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk sekitar melapah daging kurban. Tahun ini lebih meriah dengan jangkaan 50 ekor lembu yang akan dikurbankan.

Sehingga kini, AKIUM telah menerima sumbangan dalam berbagai bentuk termasuk wang tunai dan logistik. Dalam perancangan, program ini akan menjadi program tahunan AKIUM bagi memastikan usaha membina ummah dan gerakan dakwah terus subur di bumi Aceh. Walaupun usaha kami kerdil, moga ia menjadi salah satu dari jutaan usaha ini. Sama-sama kita mendoakan program ini dibukakan jalan-jalan kemudahan.

1 comment: