Perutusan Yang di-Pertua Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya.
Prophet Muhammad S.A.W said that Allah S.W.T said:
"All the deeds of man are for himself except for fasting, which is for Me and I shall reward it Myself"
Assalamualaikum wbt..
Bulan Pesta Ibadah yang dinanti setahun suntuk muncul kembali-Ramadhan yang merupakan bulan bonus bagi penganut-penganut agama Islam. Bahkan tempias kemeriahannya turut dirasai oleh penganut agama selainnya. Saya sendiri kurang pasti apakah bentuk kemeriahan yang dirasai mereka. Maklumlah, bazar-bazar ramadhan juga menjadi 'rukun' masyarakat kita dalam memeriahkan sambutan Ramadhan. Seperti biasa, terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki, dan terlalu banyak amalan yang perlu dicermati khususnya dalam ketulenan dan kesahihan ibadah.
Saya melihat, bulan Ramadhan merupakan waktu yang baik untuk masyarakat kita menjadikan ekonomi mereka lebih terancang. Taburan masjid-masjid di Malaysia bukan sedikit. Setiap satunya pula menyediakan juadah berbuka yang cukup memuaskan hati dan perut. Dalam masa yang sama, taburan bazaar Ramadhan di Malaysia juga sangat berterabur dek kerana terlalu banyak tempatnya. Apatah lagi di
Menjadi sebahagian daripada masyarakat bandar, saya menjadi semakin kritikal. Dalam bulan Ramadhan, saya menjadikan masjid tempat utama saya berbuka puasa bukan kerana saya mengalami krisis ekonomi peribadi. Tetapi saya dapati ini merupakan peluang yang jarang-jarang ada dalam bulan lain. Berjimat salah satunya. Malah kepuasan itu ada pada keseronokan memasyarakatkan diri apabila melihat begitu banyak Muslim lain yang berbagai latar belakang bersama-sama makan makanan yang sama. Makanan itu sudah tentu terhad memandangkan kita perlu bertolak ansur dengan orang lain yang juga ada perut. Terhad itu bukanlah tak cukup, akan tetapi, tidak melampau dalam berbuka. Seusai berbuka, ramai-ramai bergerak ke dewan solat untuk solat maghrib berjemaah. Rutin ini lebih saya sukai berbanding berbuka seorang diri di rumah sewa atau di gerai-gerai luar. Di bulan Ramadhanlah saya menikmati hidup yang sederhana.
No comments:
Post a Comment