Followers

~ Blog AKIUM masih lagi dalam proses menaik taraf, selalulah menjenguk ke ruangan ini untuk mengetahui aktiviti terbaru AKIUM serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak fakulti dan juga pihak universiti ~

Monday, November 17, 2008

Industrial Visit

June 2008, Wednesday- Prof Cho, our beloved Korean song seng nim (Professor) planned an industrial visit for eight of us, biomedical engineering students. We took about 45 minutes by subway, Prof Cho fetched us and moved to the Parkside Rehabilitation Hospital. Along the way to the hospital, Prof Cho told us a bit about the hospital. I can guess, this is not the ordinary human rehabilitation center. Some points made me curious, and some facts made me excited.

What so special?

We arrived there 15 minutes later. "This is a private hospital", that was my pre-deduction after looking at the structure of the buildings. I could see a lot of abstract-message pictures on the walls. Who of ever thought that the 81-bed rehab facility which also sees about 80-90 outpatients per day is just a year old. The center's director, Dr. Insun Park-Ko was very friendly. Jovial wouldn't be too strong a description. She greeted us at a conference room. Prof Cho told us some stories behind the ambitious women and impressed us with her vision for rehab and the design and operation of the facility. The building and equipment are very modern and cheery.

Dr. Park-Ko was the first hospital leader in Korea that I have heard describe a credible target market segment and positioning. Basically, she wants to attract Korean Americans on the West Coast of the US who need speech therapy after a stroke. As she pointed out, patients need to do speech rehab in their native language. For patients whose native language is Korean, it's going to be a heck of a lot easier to find Korean language therapists in Busan than in the US. Busan is a pleasant, beachfront community, and the hospital can make arrangements with nearby res idences to house patients and their families so they can have therapy on an outpatient basis.
If you are connected with the Korean community on the US West Coast and are looking for a promising entrepreneurial opportunity, there are possibilities here worth examining. In particular it could make sense to connect with a TPA serving Korean owned and operated businesses.

All of us were motivated and impressed with her ability and courage. I will always think of her if I facing difficulties in my way to achieve my dreams. Before we went back (move to the United Nations Memorial Cemetery in Korea), I addressed people a speech as a representative of biomedical engineering students to express our appreciation for the well treatments and meals we had.

Next to Parkside is a UN cemetery where Korean War veterans are buried. We had a look from the hospital's rooftop and then took a stroll there. The park has sections for various nationalities that fought in the Korean War, including Americans, Canadians, Australians and so on. In addition there is a black granite wall reminiscent of the memorials on the Mall in Washington, DC where the dead are listed by country and state. It's a peaceful place where we saw many Koreans who looked liked they were veterans of that era. Dr. Park-Ko mentioned that she has sent her students over to the park in wheelchairs to experience what it's like as a PT patient. After an hour wheeling around they come back exhausted.

Slip Exam

salam buat semua warga fakulti kejuruteraan um....ingin dimaklumkan slip exam dh keluar....sila ke tingkat 2 mengambil slip exam anda...tarikh akhir pengambilan slip ialah pada 30 october 2008...sila baca arahan sebelum mengambil slip exam...sekian


attention to engineering student of university of malaya you can take your examination slip at level 2...please do it before 30th october 2008...before that please read the instruction before you take take examination slip.....tq

UMCTES


This is to inform that the online (web based) 'Course and Teaching Evaluation' for Semester 1, Session 2008/2009 will start from 25th August 2008 and ends on 31st October 2008.

It is compulsory for all students to evaluate the course that they have registered. Students have to login to the Course and Teaching Evaluation System (CTES) by browsing http://umctes.um.edu.my using the perdanamail account. Please take note that students who fail to do the Course and Teaching Evaluation within the given period will not be able to do online early registration for courses in the coming semester.

Tiada Lagi Masa Untuk Membuang Masa


"Siapa yang melihat dunia pada hari ini sama seperti dia melihat dunia 5 tahun lalu, maka usianya terbazir selama 5 tahun"


Ini ialah ungkapan yang pernah membuat saya termenung seketika. Termenung kerana mencari rasionalnya yang entah di mana. Mungkin usia 'sekolah' saya tak sampai kepada maksud sebenarnya. Sebab itulah manusia perlu dewasa. Perbualan saya beberapa minggu yang lalu dengan seorang pensyarah dari jabatan Kimia membuatkan saya berfikir kembali tentang ungkapan tersebut. Dr Ezzat Chan juga seorang ketua jabatan di jabatannya. Mempunyai pandangan kritikal terhadap perkembangan ke'mahasiswa'an pelajar-pelajarnya.


Tajuk ekonomi yang kami bualkan memang mencelikkan minda saya. Walhal ketika saya menghadiri kuliah ekonomi kejuruteraan yang saya pertaruhkan 2 jam kredit, mata saya pun tak tercelik. Ideanya bukanlah baru, akan tetapi menyegarkan apabila beliau bercerita dari hati ke hati. Persoalan ekonomi sebenarnya menghantui setiap wallet mahasiswa. Bantuan yang diberikan kepada mahasiswa berbentuk biasiswa dan pinjaman memang sesuatu yang perlu. Namun tak semestinya mereka perlu berhenti dari mula belajar mencari sendiri sumber ekonomi mereka sendiri. Sekurang-kurangnya mereka perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan kehidupan selepas keluar dari kampus.


Ramai juga di kalangan rakan mahasiswa saya yang tidak menyewa dan mendaftar di kolej kediaman hanya kerana mahu berjimat. Hanya menumpang di bilik-bilik kolej yang kosong. Itu memang satu pilihan tetapi belum tentu pilihan yang terbaik jika dibincang dari sudut berkat dan toleransi masyarakat kampus sekeliling. Ada juga rakan saya yang menunggu berbulan-bulan sebelum dia dapat baiki tangki minyaknya yang bocor. Dalam kes lain, ada juga yang sanggup membuat kerja kotor semata-mata mahukan wang saku bulanan. Belum lagi cerita pelajar yang berhenti belajar semata-mata menanggung hutang. Kita cukup sengsara dengan masalah ekonomi. Cerita-cerita sebegini mengiakan kebenaran hadith nabi Muhammad S.A.W tentang kefakiran itu mendekatkan diri kita kepada kekufuran. Rasulullah S.A.W sendiri kerap berdoa agar dijauhkan dari kefakiran kerana ancaman kefakiran kepada iman itu sendiri. Maka tak salah kalau kita katakan ekonomi itu ialah tajuk kehidupan yang amat perlu khususnya dalam kehidupan sebagai mahasiswa.


Bagaimana tidak? Apabila bercerita tentang ekonomi, sudah tentu jalan kepada kejayaannya bercabang, berliku, dan penuh jurang kegagalan. Andai kata rancangan ekonomi kita mengambil masa 10 tahun untuk dikira berjaya, dan kita hanya mula memikirkannya pada usia 30 tahun, maka tunggulah lagi 10 tahun untuk tuai hasilnya. Bagaimana jika kita gagal merancang dengan baik atau kita tersilap jalan? Jika kita sudah mulakan seawal usia kampus, kita mungkin lebih belajar dan dapat mengecapi hasil bisnes kita lebih awal. Oleh sebab saya berfikir begitu, terdetik juga di hati saya, kita sudah tidak punya masa untuk buang masa.


Kita tak perlu menjadi seorang businessman seawal usia ini. Tapi cukuplah dengan mula berjinak-jinak dengan permainan strategi perniagaan atau pelaburan. Membiasakan diri dengan istilah-istilah ekonomi dan perniagaan agar sekurang-kurangnya tidak berkerut dahi sebelum bermula. Bahkan istilah businessman itu sendiri sudah kerap disalahmaknakan. Anda bersetuju menganggap seorang doktor gigi sebagai businessman hanya kerana dia mampu membuka klinik giginya sendiri, wang masuk setiap kali orang sakit gigi, dan dia gembira membuka mulut orang lain setiap hari? Bagaimana jika suatu hari dia ditakdirkan mendapat penyakit yang menghalangnya dari memegang hanya sebatang berus gigi? Kliniknya mungkin dijual atau diwakafkan menjadi surau dan dia pun mencari sesuatu yang entah apa pula sebagai ganti sumber kewangannya yang asalnya ialah kemahiran merawat gigi orang.


Sebagai seorang usahawan, lebih dari itu, dia patut punyai kemahiran membina sistem. Siapa kata profession doktor gigi tak boleh menjadi usahawan? Ambil saja contoh Colonel Harland Sanders yang berkemahiran memasak satu resepi ciptaannya sendiri. Dalam masa yang sama kemahiran itu dikongsi dalam perkongsian yang dipanggil sistem. Sehingga kini, resepinya masih digilai dan diuruskan oleh ribuan orang yang bekerja dalam sistem yang kini dikenali Kentucky Fried Chicken (KFC). Andai Colonel jatuh sakit enam bulan dan tak dapat memegang kuali dalam tempoh itu sekali pun, duit dari sistem perniagaan yang dia bina dulu mampu mengisi poketnya sepanjang tempoh itu malah sehingga akhir hayatnya.


Menyedari topik ekonomi ini bukan sekadar subjek untuk peperiksaan akhir semester, memang benar kita perlu bermula dari sekarang. Sekarang itu juga bermaksud, secepat mungkin. Tak perlu terlalu gelojoh, jangan pula bertangguh-tangguh. Asalkan apa yang berlaku 5 tahun lalu, tak sama seperti kita 5 tahun akan datang. Kerana kita hanya bazirkan usia 10 tahun hanya dengan kehidupan yang sepi dari sebarang perubahan.


Faruqi Razali,

Yang di-Pertua AKIUM


Perutusan Yang di-Pertua Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya.


Perutusan Yang di-Pertua Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya.

Prophet Muhammad S.A.W said that Allah S.W.T said:

"All the deeds of man are for himself except for fasting, which is for Me and I shall reward it Myself"

Assalamualaikum wbt..

Bulan Pesta Ibadah yang dinanti setahun suntuk muncul kembali-Ramadhan yang merupakan bulan bonus bagi penganut-penganut agama Islam. Bahkan tempias kemeriahannya turut dirasai oleh penganut agama selainnya. Saya sendiri kurang pasti apakah bentuk kemeriahan yang dirasai mereka. Maklumlah, bazar-bazar ramadhan juga menjadi 'rukun' masyarakat kita dalam memeriahkan sambutan Ramadhan. Seperti biasa, terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki, dan terlalu banyak amalan yang perlu dicermati khususnya dalam ketulenan dan kesahihan ibadah.

Saya melihat, bulan Ramadhan merupakan waktu yang baik untuk masyarakat kita menjadikan ekonomi mereka lebih terancang. Taburan masjid-masjid di Malaysia bukan sedikit. Setiap satunya pula menyediakan juadah berbuka yang cukup memuaskan hati dan perut. Dalam masa yang sama, taburan bazaar Ramadhan di Malaysia juga sangat berterabur dek kerana terlalu banyak tempatnya. Apatah lagi di Kuala Lumpur, bandar yang senak dengan penduduk manusia. Saya menjadi agak sedih apabila mendapati tong sampah menjadi destinasi akhir juadah-juadah free di masjid-masjid. Pembaziran itu sangat nyata di bulan mulia.

Menjadi sebahagian daripada masyarakat bandar, saya menjadi semakin kritikal. Dalam bulan Ramadhan, saya menjadikan masjid tempat utama saya berbuka puasa bukan kerana saya mengalami krisis ekonomi peribadi. Tetapi saya dapati ini merupakan peluang yang jarang-jarang ada dalam bulan lain. Berjimat salah satunya. Malah kepuasan itu ada pada keseronokan memasyarakatkan diri apabila melihat begitu banyak Muslim lain yang berbagai latar belakang bersama-sama makan makanan yang sama. Makanan itu sudah tentu terhad memandangkan kita perlu bertolak ansur dengan orang lain yang juga ada perut. Terhad itu bukanlah tak cukup, akan tetapi, tidak melampau dalam berbuka. Seusai berbuka, ramai-ramai bergerak ke dewan solat untuk solat maghrib berjemaah. Rutin ini lebih saya sukai berbanding berbuka seorang diri di rumah sewa atau di gerai-gerai luar. Di bulan Ramadhanlah saya menikmati hidup yang sederhana.

Buat rakan-rakan mahasiswa di fakulti kejuruteraan, saya mewakili pimpinan AKIUM mengambil kesempatan dan peluang ini memohon jutaan kemaafan kepada seluruh warga fakulti atas segala khilaf dan kesilapan kami selama memimpin. Dengan kerendahan hati, kami juga mengharapkan teguran membina dan sokongan dari seluruh warga fakulti. Di peringkat pimpinan AKIUM, kami telah merancang beberapa aktiviti yang difikirkan mampu dijadikan 'buah tangan' dari kami untuk warga fakulti. Namun, akhir-akhir ini, terdapat beberapa masalah pengurusan yang menyebabkan kami terpaksa menggabungkan aktiviti Ramadhan dengan aktiviti sambutan Hari Raya akan datang. Mudah-mudahan aktiviti ini memberi ruang kepada semua warga fakulti menghargai ukhwah sesama muslim khususnya.

Perutusan Presiden AKIUM 2008/2009 Sempena ulangtahun AKIUM


Perutusan Presiden AKIUM 2008/2009 Sempena ulangtahun AKIUM

32 tahun sudah cukup membawa Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya (AKIUM) ke usia yang matang. Kepimpinan bertukar untuk setiap penggal, maka setiap penggal juga melihatkan pola kepimpinan yang berbagai. Pastinya, setiap tahun, AKIUM akan menjadi persatuan penting di peringkat pelajar khususnya fakulti kejuruteraan Universiti Malaya. Berorientasikan kebajikan dan program ilmiah, AKIUM menjadi wadah untuk mahasiswa serta penghuni fakulti kejuruteraan menyumbang kepada kagiatan akademik dan kecemerlangan intelektual.

AKIUM juga merupakan persatuan mahasiswa utama di peringkat fakulti kejuruteraan yang memurnikan kegiatan-kegiatan mahasiswa dengan program Islamik. AKIUM mengendalikan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan bulan Ramadhan, Awal Muharram, Eidul-fitri, Solat Hajat Perdana dan seumpamanya.

Aktiviti yang dianjurkan tidak bersifat esklusif kepada mahasiswa Muslim sahaja, bahkan meraikan mahasiswa agama lain dengan program seperti Muslim Engineering Sport (MESPORT), Hari Interaksi AKIUM, dan Hari Keluarga Kejuruteraan.

AKIUM kelihatan semakin dewasa apabila mengadakan lebih banyak program-program di peringkat asia dan antarabangsa. Sesi kepimpinan kali ini memilih program kebajikan di Acheh dengan kerjasama badan bukan kerajaan ISMA. AKIUM juga menjadi platform untuk menghasilkan pimpinan yang berjiwa besar dengan menghantar deligasi ke beberapa kementerian untuk berbincang tentang beberapa isu seperti isu manganggur di kalangan graduan kejuruteraan dan isu keberkesanan sistem ALX.

Keahlian AKIUM dibuka kepada semua pelajar kejuruteraan tanpa mengira bangsa dan agama. Manfaat AKIUM ialah untuk semua.

Presiden

Barisan Kepimpinan AKIUM 0809