Followers

~ Blog AKIUM masih lagi dalam proses menaik taraf, selalulah menjenguk ke ruangan ini untuk mengetahui aktiviti terbaru AKIUM serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak fakulti dan juga pihak universiti ~

Friday, February 11, 2011

Notis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) Sesi 2010/2011


Dengan ini dimaklumkan bahawa pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya ("MPPUM") untuk memilih sembilan (9) orang wakil kawasan Umum dan dua (2) orang wakil setiap kawasan Fakulti/Pusat/Akademi untuk menjadi ahli MPPUM bagi sesi 2010/2011 akan diadakan pada 21 Februari 2011(isnin) di Kampus Universiti Malaya, Lembah Pantai 50603 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun maklumat berikut :




Annual Grand Meeting AKIUM ke-31


Hari: Rabu

Tarikh: 7 April 2010

Tempat: BK 201

Semua dijemput hadir.

PERHARGAAN Muslim Engineering Society Night 2009/2010 ( MESNITE )


Jawatankuasa penganjur Muslim Engineering Society Night 2009/2010 (MESNITE) mengucapkan jutaan terima kasih kepada :

· FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI MALAYA

· BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP) UNIERSITI MALAYA

· KEDAI KOPERASI UNIVERSITI MALAYA

Dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk sama-sama menjayakan MESNITE 2009/2010.


~ AJK Program Yang Terlibat~


Semoga Berjumpa Lagi di MESNITE 2010/2011

Muslim Engineering Society Night 2009/2010 (MESNITE)

TEMA

COLOURS OF LIFE

OBJEKTIF

· Memberi penghargaan dan pengiktarafan kepada mahasiswa Muslim yang cemerlang dalam bidang akademik di samping motivasi kepada mahasiswa lain untuk terus bersaing secara sihat dalam bidang intelektual.

· Meraikan mahasiswa/i tahun akhir fakulti kejuruteraan sebelum mereka tamat pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan.

· Menjalinkan dan mengeratkan silaturahim antara mahasiswa dan warga fakulti.

JUSTIFIKASI

Tema ‘COLOURS OF LIFE’ yang menjadi pilihan memberi erti bahawa kehidupan di kampus yang penuh dengan pelbagai ‘warna’ dimana mahasiswa akan mula bergaul dengan lebih luas yang pelbagai ragam manusia serta melalui pelbagai bentuk situasi. Pergaulan secara sihat akan memberi banyak manfaat dari perspektif mendapat input yang berguna dan secara tidak langsung membentuk pemikiran yang lebih matang dan kritikal di kalangan mahasiswa yang amat diperlukan untuk kehidupan di luar yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Menjadi lumrah kehidupan, penghargaan dan pengiktarafan diperlukan sebagai satu motivasi untuk memajukan diri sendiri dan mewujudkan suasana kompetitif yang sihat. Justeru itu, AKIUM sekali lagi meneruskan tradisi mengadakan Malam Anugerah AKIUM dalam usaha untuk memotivasikan semangat para mahasiswa fakulti kejuruteraan,Universiti Malaya, supaya cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan ko-kurikulum. Selain itu, AKIUM juga turut menyedari peranan mahasiswa dalam masyarakat perlulah seiring dengan nilai peradaban masa kini. Diharapkan agar dalam usaha menjayakan Malam Anugerah AKIUM ini dapat melahirkan mahasiswa yang boleh memimpin dengan baik dan mempunyai jatidiri yang mantap.


~ Gambar Sekitar Majlis Berlangsung~













PROJEK-PROJEK SEPANJANG 2009/2010

Projek : Minggu Promosi Badan Pelajar (PROMO)

Tempat : Kompleks Perdana Siswa

Tarikh : 28-31 Julai 2009

Program ini merupakan program tahunan yang akan dijalankan oleh AKIUM dengan membuka kaunter untuk mempromosikan dan memperkenalkan AKIUM kepada semua pelajar terutamanya pelajar tahun pertama dari Fakulti Kejuruteraan dan seterusnya menjadi ahli AKIUM. Selain itu, keahlian baru juga dibuka kepada pelajar-pelajar senior.


Projek : Program Penghayatan Ramadhan 09

Tempat : BK102 dan BK103

Tarikh : 14 September 2009

Dengan tema ‘Bersama Menghayati Kesyumulan Islam’, program ini telah berjaya dilaksanakan. Majlis berbuka puasa serta bersolat terawih berjemaah yang dijalankan telah memdapat sambutan daripada warga fakulti. Program ini bertujuan untuk mengimarahkan sambutan bulan Ramadhan peringkat fakulti disamping mengeratkan hubungan persaudaraan antara mahasiswa fakulti kejuruteraan dan para pensyarahnya. Program ini turut menyedarkan mahasiswa di fakulti ini tentang perlunya menjadi jurutera yang muslim.


Projek : Majlis Jamuan Aidilfitri 09

Tempat : Perkarangan Jabatan Kejuruteraan Awam

Tarikh : 30 September 2009

Tujuan sambutan ini diadakan adalah bagi dapat mengeratkan lagi perpaduan yang terjalin di antara mahasiswa/i Fakulti Kejuruteraan terutamanya dikalangan pelajar-pelajar tahun pertama agar dapat mengenali dengan lebih dekat pelajar-pelajar senior sekaligus dapat bertukar-tukar pendapat selain dapat memberikan sokongan dan nasihat. Sambutan ini diadakan bagi mengisi aktiviti tahunan kelab dan sebagai hadiah kepada semua ahli AKIUM khususnya dan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan amnya. Selain itu, Sambutan Aidilfitri diperingkat fakulti ini diharap sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan ini terutamanya kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang tidak berkesempatan untuk pulang ke tanah air mereka.

~Gambar Sekitar Majlis Jamuan Aidilfitri 09~

~ MC Program~

~ Para Pelajar Yang Hadir Memeriahkan Majlis~


Projek : Ekspedisi ke Gunung Datuk

Tempat : Rembau, Negeri Sembilan

Tarikh : 23 Januari 2010

Program Ekspedisi ke Gunung Datuk telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga Fakulti Kejuruteraan dimana pihak AKIUM telah menerima hampir 80 penyertaan. Untuk memastikan kelancaran perjalanan program, mahsiswa/i yang terlibat dengan menjalankan program ini akan dilatih dengan pelbagai kemahiran insaniah yang akan diperlukan pada masa hadapan selain dapat mengeratkan hubungan mahasiswa/i fakulti kejuruteraan dari setiap jabatan. Melalui program ini, ia bukan sahaja dapat memberikan pengalaman ekspedisi tetapi pengalaman dalam bidang pengurusan tertutamanya pelajar tahun satu yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Para pelajar tahun pertama juga dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar senior dan saling bertukar-tukar pendapat tentang kursus yang diambil.

~ Gunung Datuk Telah Ditawan~

~Best Shoot~


Projek : Muslim Engineering Night (Mesnite)

Tempat : Rumah Universiti, Universiti Malaya

Tarikh : 4 April 2010

Menjadi lumrah kehidupan, penghargaan dan pengiktarafan diperlukan sebagai satu motivasi untuk memajukan diri sendiri dan mewujudkan suasana kompetitif yang sihat. Justeru itu, AKIUM sekali lagi meneruskan tradisi mengadakan Malam Anugerah AKIUM dalam usaha untuk memotivasi ahli-ahlinya supaya cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan ko-kurikulum. Selain itu, AKIUM juga turut menyedari peranan mahasiswa dalam masyarakat perlulah seiring dengan nilai peradaban masa kini. Diharapkan agar dalam usaha menjayakan Malam Anugerah AKIUM ini dapat melahirkan mahasiswa yang boleh memimpin dengan baik dan mempunyai jatidiri yang mantap.

~

~ Para VIP Melangkah Masuk Ke Dewan~

~ Dewan Majlis Diadakan~

~Salah Seorang Pemenang Anugerah Cik Dian Najihan Bt Abu Talib (Kej. Elektrik) Tahun 4 ~